Bendera merah dinaikkan di Tok Bali

Iklan
Nik Mohd Nor (kiri) dan anggota APM Pasir Puteh sedang melakukan pemantauan di kawasan pesisir pantai.

PASIR PUTEH - Bendera merah mula dinaikkan di pesisiran Pantai Tok Bali dekat sini oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pasir Puteh susulan tiupan angin monsun yang melanda kawasan perairan Kelantan ketika ini.

Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pemasangan bendera itu merupakan tanda amaran kepada penduduk di kawasan berkenaan dan orang ramai supaya menjauhi pesisiran pantai.

Iklan
Iklan

"Hal ini termasuklah aktiviti seperti mandi-manda, menangkap ikan dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, kesemua tindakan itu boleh mendedahkan mereka kepada bahaya seperti lemas dan sebagainya.

Iklan

Katanya, selain tanda amaran (bendera merah) APM Pasir Puteh turut melakukan rondaan sebanyak dua kali dalam tempoh satu jam sepanjang penugasan di kawasan tersebut.

Nik Mohd Nor berkata, rondaan berkala itu bagi memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan selamat.

Iklan

"Kita harap masyarakat di pesisiran pantai supaya sentiasa peka dan waspada dengan amaran yang diberikan oleh pihak berkuasa," katanya.

Terdahulu, Nik Mohd Nor bersama anggota pengawal pantai APM Pasir Puteh membuat tinjauan berkenaan situasi semasa tiupan angin kencang dan keadaan ombak di kawasan pesisiran pantai berkenaan.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang bertiup pada kelajuan 50-60 kilometer sejam.

Bukan itu sahaja, kesan tiupan angin kencang itu menyebabkan ombak boleh mencecah setinggi 4.5 meter.

Anggota APM Pasir Puteh menaikkan bendera merah sebagai tanda amaran supaya orang ramai menjauhi kawasan pantai.