Polis tangkap suspek pembunuh jutawan British

Iklan
Lokasi kejadian tembakan yang mengakibatkan jutawan British mati dan anak tirinya cedera di Buenos Aires Sabtu lalu. Foto: Agensi

BUENOS AIRES - Polis berjaya menangkap suspek kes pumbunuhan jutawan British, Matthew Gibbard, 50, yang mati ditembak di luar hotel mewah di Argentina Sabtu lalu.

Menurut polis, Angel Eduardo Lozano Azuaje atau lebih dikenali sebagai Cachete ditangkap semalam ketika berada di dalam bas untuk melarikan diri ke Bolivia beberapa hari selepas Gibbard dan anak tirinya, Stefan Zone, 28, ditembak di luar hotel lima bintang, Faena Art Hotel di Buenos Aires.

Iklan
Iklan

Ketika ditangkap, pemuda kelahiran Venezuela berusia 21 tahun itu berada di wilayah Salta iaitu kira-kira lebih dari 1,000 kilometer dari tempat kejadian.

Difahamkan, pihak polis mendapat maklumat mengenai suspek daripada teman wanitanya ketika polis menjalankan siasatan kes tersebut sehingga tertangkapnya kelima-lima suspek ketika ini.

Iklan
Iklan

Mereka termasuklah tiga warga tempatan yang dituduh membekalkan senjata, kereta dan motosikal yang mereka gunakan untuk melakukan jenayah tersebut dan rakyat Venezuela yang merupakan pemilik kereta Ford Fiesta merah yang bertindak sebagai kenderaan sokongan semasa rompakan itu berlaku. - Agensi