Kes Altantuya: Najib juga mahu polis siasat semula

Iklan
Najib, Azilah, Altantuya dan Sirul

PUTRAJAYA - Anak guam saya (Datuk Seri Najib Razak) mahu mereka (polis) menjalankan siasatan semula kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, kata peguam, Muhammad Shafee Abdullah hari ini.

Beliau berkata, Najib berharap pihak polis membuka semula siasatan selepas seorang bekas Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri membuat dakwaan melalui akuan bersumpah (SD) mendakwa menerima arahan daripada Ahli Parlimen Pekan itu supaya membunuh model berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Azilah sudah dihukum mati dipergunakan oleh pihak lain sebagai salah satu usaha mahu memenjarakan Najib.

"Kami nak tahu siapa yang meletakkan Azilah dalam sumpah bohong dan siapa di belakang perakuan sumpah bohong ini?

Iklan

"Kita percaya, Azilah tidak bertindak sendirian malah memahami keadaan yang dihadapi oleh bekas pegawai polis berpangkat cif inspektor itu sebagai terdesak,” katanya.

Shafee berkata demikian ketika sidang akhbar di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini bagi mengemukakan permohonan menjadi pencelah dalam usaha Azilah menyemak semula sabitan Mahkamah Persekutuan terhadap tuduhan ke atasnya pada 2015.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Dakwaan Azilah berat, perlu disiasat'

Semalam, Azilah membuat dakwaan itu ketika sedang menanti hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh Altantuya.

Azilah yang kini berada di Penjara Kajang, mendakwa menerima arahan untuk membunuh Altantuya daripada Najib yang mana ketika itu menjawat Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pengakuan itu, Azilah mendakwa beliau bersama bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ (tembak mati) sebagai anggota pasukan UTK.