Kelar leher elak ditahan
Iklan
Noorzainy
KEPALA BATAS - Seorang lelaki sanggup mengelar lehernya ketika diberkas polis bagi mengelak daripada ditahan kerana disyaki memiliki motosikal curi di Bagan Jermal Sabtu lalu.
Kejadian berlaku pada jam 5 petang ketika suspek yang berusia 32 tahun sedang menunggang motosikal berkenaan sebelum terkejut dengan kehadiran polis.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata,
lelaki itu kemudiannya bertindak melarikan diri lalu bersembunyi di dalam rumahnya di Flat Thamby Kecil.
Iklan
"Polis yang mengejar suspek memecahkan jerisi besi rumah berkenaan. Ketika itu, suspek yang memegang pisau lipat telah mengelar lehernya. Dia kemudian dibawa polis ke hospital Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.
"Suspek menerima 30 jahitan akibat tindakannya itu. Dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis SPU di sini tadi.
Iklan
Beliau berkata siasatan mendapati motosikal yang ditunggang suspek pernah dilaporkan hilang pada tahun ini dan suspek juga mempunyai 20 kes jenayah lampau membabitkan dadah dan jenayah.
"Suspek juga mengaku terbabit dalam 10 kes ragut di daerah ini dan memiliki rekod rawatan sakit jiwa di Pusat Rawatan Sakit Jiwa, Jalan Perak.
"Dia kini dihantar semula ke pusat rawatan sakit jiwa tersebut bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, dia akan ditahan semula untuk dituduh selepas dua minggu," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>