Boeing gantung pengeluaran pesawat 737 Max

Iklan
Boeing umum bakal gantung pengeluaran pesawat 737 Max bulan depan. - Foto Agensi

WASHINGTON - Syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Boeing dilaporkan akan menghentikan sementara pengeluaran pesawat 737 Max, Januari depan selepas model terlarisnya itu digantung perkhidmatan berikutan dua kemalangan maut yang mengorbankan 346 penumpang.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, syarikat itu membina kira-kira 40 pesawat setiap bulan di kilang mereka di Washington walaupun model pesawat itu digantung perkhidmatan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Kami akan terus menilai kemajuan kami ke arah meneruskan perkhidmatan dan membuat keputusan mengenai pengeluaran semula serta penghantaran pesawat dengan sewajarnya.

"Buat masa ini, petugas yang terjejas akan meneruskan kerja membabitkan pesawat jenis 737 atau ditugaskan ke pasukan lain buat sementara waktu di wilayah Puget Sound, Washington," katanya.

Iklan

Pesawat Boeing 737 Max digantung perkhidmatan sejak kemalangan maut kedua yang berlaku pada Mac lalu apabila penerbangan ET-302 Ethiopian Airlines terhempas sejurus berlepas dari sebuah lapangan terbang di Addis Ababa sehingga membunuh kesemua 157 penumpang dan anak kapal.

Model pesawat sama turut terbabit dalam nahas pada Oktober 2018 berhampiran Jakarta, Indonesia dan kesemua 189 penumpang penerbangan JT610 Lion Air terbunuh. - Agensi.

Iklan