Nelayan perlu cari sumber pendapatan lain

Iklan
8

PASIR GUDANG - Saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu nelayan kurang bergantung kepada bantuan wang ringgit harus diterima baik oleh golongan itu, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil Noor.

Beliau berkata, perkara itu bukan menunjukkan kerajaan sudah tidak berminat membantu kelangsungan golongan berkenaan tetapi sebagai galakan untuk mereka mempunyai pelan sokongan sumber rezeki di masa hadapan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan telah menyediakan pelbagai saluran untuk membantu golongan berkenaan dan seharusnya mereka berusaha merebut peluang yang ada daripada hanya menunggu bulan jatuh ke riba.

"Apa yang Dr Mahathir maksudkan adalah mereka ini perlu menceburi bidang-bidang lain untuk mendapatkan sumber pendapatan. Kita tahu nelayan ini adalah satu pekerjaan yang tidak tentu jumlah pendapatannya kerana dikekang faktor cuaca dan juga keadaan laut.

Iklan

"Jadi apa yang sebenarnya disuarakan oleh Perdana Menteri yang mana pernah juga disuarakan oleh Menteri Pertanian (Datuk Salahuddin Ayub) mereka ini perlu ada sumber lain.

"Maknanya nelayan ini perlu ada pelan sokongan yang mana melalui sumber hiliran, akuakultur atau sebagainya, sebab itu kerajaan berikan insentif keusahawanan, insentif teknologi dan sebagainya untuk meningkatkan sumber pendapatan mereka," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut mengenai saranan itu, Muhammad Faiz berkata, penglibatan dalam sektor hiliran mampu menjana pendapatan yang lumayan selain boleh mendapat bantuan menerusi pelbagai saluran.

"Kita tidak boleh lagi terikat dengan kaedah tangkapan ikan yang lama dan tidak mahu nelayan hanya terlibat dengan proses tangkapan ikan di laut sahaja, sedangkan masa terluang itu ada untuk mereka manfaatkan untuk terlibat dalam perniagaan.

"Insentif untuk usahawan pertanian disediakan dengan peruntukan RM20 juta dan setiap seorang boleh menerima bantuan antara RM10,000 hingga RM20,000," katanya.

Jelasnya, sebagai cadangan golongan nelayan yang diakui mempunyai pengalaman di laut boleh menjadikan sumber itu sebagai pendapatan tambahan dengan menghasilkan pelbagai produk lain

Semalam D. Mahathir Mohamad mahu golongan nelayan dan petani berubah meninggalkan cara hidup lama dengan mengamalkan pendekatan lebih moden bagi membolehkan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.