Penjenayah paling dikehendaki di Belanda diberkas di Dubai

Iklan
Ridouan Taghi

DUBAI - Seorang penjenayah paling dikehendaki di Belanda akhirnya diberkas di Dubai dalam satu operasi bersama melibatkan polis tempatan, pihak berkuasa Amsterdam dan Polis Antarabangsa (Interpol).

Ridouan Taghi, 41, ketua kumpulan pengedaran dadah atau dikenali sebagai Angels of Death dikehendaki oleh waran tangkap antarabangsa kerana membunuh dan mengedar dadah.

Iklan
Iklan

Menurut laporan media Belanda, organisasi yang dikendalikannya juga mempunyai hubungan dengan sembilan pembunuhan serta beberapa cubaan bunuh.

Agensi berita Emiriah (WAM) melaporkan, waran tangkap terhadap lelaki kelahiran Maghribi itu dikeluarkan tahun lalu selepas dia didakwa masuk ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggunakan identiti palsu.

Iklan
Iklan

September lalu, Taghi menjadi tajuk utama berita apabila peguam Belanda yang menjadi saksi dalam kes perbicaraannya mati ditembak berhampiran rumah mangsa di Amsterdam. - Agensi