KUALA LUMPUR - Muhammed Yusoff Rawther selesai menjalani ujian poligraf selama empat jam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadapnya oleh seorang ahli politik.
Muhammed Yusoff hadir bersama peguamnya, Datuk Mohamed Haniff Khatri hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada jam 2.50 petang tadi.
"Saya berpuas hati dengan ujian poligraf yang dilaksanakan. Butiran lanjut ada bersama pakar yang mengendalikan ujian tersebut. Saya percaya laporan ujian tersebut akan dimajukan kepada pihak terbabit untuk siasatan.
"Ujian poligraf ke atas Muhammed Yusoff ini adalah salah satu perkara yang ingin dilakukan supaya ketelusan dan kejujuran aduan atau siasatan dapat diselesaikan,” katanya pada sidang akhbar di sini, tadi.
Menurutnya, Yusoff hadir untuk bekerjasama dengan telus dan bersungguh-sungguh supaya polis dapat menjalankan satu siasatan lengkap.
"Seramai tiga pakar atau pihak yang terlatih melaksanakan ujian poligraf ke atas anak guamnya di dalam sebuah bilik.
"Saya bersama dengan pegawai penyiasat berada di luar bilik, kami tidak boleh masuk ke bilik itu,” katanya.
Pada 9 Disember lalu, Muhammed Yusoff selesai memberi keterangan yang mengambil masa selama lapan jam kepada Unit Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siastaan Jenayah Bukit Aman.
Muhammed Yusoff kemudian datang semula ke Bukit Aman untuk disambung keterangan pada keesokan harinya dan meninggalkan Bukit Aman selepas selesai dirakam keterangan selama tiga jam.
Keterangannya dirakam polis berhubung Akuan Bersumpah (SD) serta laporan polis di IPD Sentul dibuat pada 7 Disember lalu atas dakwaan menjadi mangsa cabul seorang ahli politik.
ARTIKEL BERKAITAN: Polis buka kertas siasatan kes Yussof Rawther
Polis sambung rakam keterangan Yusoff Rawther
Yusoff Rawther: Anwar akan dipanggil beri keterangan
Dalam kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed sebelum ini memaklumkan polis akan memanggil beberapa lagi saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Huzir menyatakan seramai lapan individu termasuk ahli politik sudah dirakam keterangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
ARTIKEL BERKAITAN: Yusoff Rawther hadir ke Bukit Aman jalani ujian poligrafi
Teori konspirasi PM, Yusoff Rawther kalahkan Hollywood: Peguam