Myanmar rampas bot bawa 173 etnik Rohingya

Iklan
Gambar hiasan. - Foto Agensi

YANGON - Pihak berkuasa Myanmar menahan 173 orang etnik Rohingya di atas sebuah bot di selatan pantai negara itu Ahad lalu.

Menurut jurucakap tentera, Tun Tun Nyi, bot tersebut membawa sekumpulan termasuk 22 kanak-kanak dari bandar Kawthaung di wilayah Tanintharyi.

Iklan
Iklan

"Tentera laut kami menemui mereka di atas sebuah bot yang mencurigakan di tengah laut. Polis akan menjalankan prosedur seterusnya mengikut undang-undang," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penjabat Pentadbiran bandar Kawthaung, Myat Thu berkata, setakat ini masih belum jelas sama ada kumpulan tersebut belayar dari Myanmar atau Bangladesh.

Iklan

"Mereka kini ditempatkan di sebuah pulau di Kawthaung dengan pengawal keselamatan. Kami akan memastikan semua hak asasi manusia dilindungi," katanya.

Pada 2017, lebih 730,000 Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh susulan tindakan keras pasukan keselamatan yang disifatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai genosid. - Agensi

Iklan