RM200 juta setahun?

Iklan

AWANG memang jangka kos selenggara dua kapal selam kita sangat mahal. Tapi Awang tak jangka jumlahnya sampai RM200 juta setahun bagi dua buah kapal selam.

Awang juga sedar kos pertahanan sangat tinggi. Memang kita kena belanja duit yang banyak untuk pastikan kita ada pasukan tentera terbaik, berdedikasi tinggi dan dilengkapkan dengan peralatan yang tercanggih dan terbaru.

Iklan
Iklan

Lagipun sekarang kaedah perang dah berbeza. Tak macam dulu yang bergantung pada cara konvensional. Kita mesti ikut zaman. Cuma Awang harap duit yang kita belanjakan untuk selenggara aset ketenteraan kita tidak membazir.

Awang juga harap keutamaan kita betul. Kita beli aset yang betul untuk pertahanan kita. Awang dengar macam-macam cerita tentang kos selenggara aset kita yang khabarnya diselenggarakan oleh macam-macam syarikat dengan harga yang mahal.

Iklan

Awang harap Bang Mat Sabu beri perhatian hal ini. Kenalah cakap terus terang masalah sebenar dalam tentera kita. Jangan berdiam diri bila dah jadi Menteri Pertahanan. Bagitahu rakyat sama ada betul atau tidak aset ketenteraan kita dalam keadaan baik dan diselenggara dengan baik. Jangan sampai ada jet pejuang tapi tak boleh guna atau kapal selam yang tak boleh menyelam.

Sumpahan kapal selam?

Iklan

Mahu tak mahu bila bercakap pasal kapal selam milik TLDM itu, timbullah cerita 'orang-orang' yang terlibat dengan pembeliannya. Khabar yang Awang dengar banyaklah orang-orang yang dekat dengan mantan PM, Bosku Tuk Seri Najib yang jadi kaya-raya kerana komisien beli kapal selam.

Di antara mereka, timbullah nama Dr Razak Baginda. Beliau ini khabarnya terbabit juga dengan pembelian kapal selam itu. Nama beliau muncul apabila seorang wanita Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu didapati terbunuh.

Kalau Awang tak silap, pada bulan November 2006, Dr Razak didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan bersubahat dengan dua orang pegawai polis yang dituduh membunuh Altantuya. Bagaimanapun pada 31 Oktober 2008, Dr Razak dibebaskan oleh mahkamah tapi Sirul Azhar dan Azilah Hadri menerima hukuman mati daripada mahkamah.

Cerita ini memang gegarkan negara kita. Memang kalah siri TV dengan kisah itu oleh sebab membabitkan skandal, cinta, perempuan dan suspens. Banyak kali pula cerita bahawa Bosku Tuk Seri Najib kononnya terlibat tapi Bosku Tuk Seri Najib nafikan semua itu.

Cerita ini kembali panas sehari dua ini apabila Azilah buat akuan bersumpah yang mendakwa Bosku Tuk Seri Najib mengarahkannya membunuh Altantuya. Tuduhan itu amat serius. Kenalah polis siasat sahih tidaknya akuan bersumpah itu.

Mungkin juga dia nak selamatkan dirinya daripada tali gantung, maka dia buatlah apa sahaja untuk tujuan itu.

Pada pendapat Awang, kes ini perlu disiasat sampai ke akar umbi. Kalau Bosku Tuk Seri Najib tak bersalah, namanya akan bersih. Kalau betul dakwaan Azilah, maka hukunan setimpal harus dikenakan padanya.

Kapal selam kita bukan saja kos selenggaranya mahal tapi ada sumpahannya!