Perkahwinan media sosial

Iklan
Gambar hiasan

GENTING GAZA - Tindakan Israel mengepung Gaza dan menyekat laluan darat, udara serta air sejak 13 tahun lalu membataskan pergerakan kira-kira dua juta penduduk di wilayah itu.

Salah satu kesan penjara terbuka terbesar di dunia itu ialah terhadap aspek kehidupan sosial dan peribadi di mana permulaan pertunangan atau perkahwinan yang biasanya bermula melalui media sosial akibat sekatan perjalanan.

Iklan
Iklan

Bagi penduduk dilahirkan di wilayah kepungan dan tidak mempunyai kad pengenalan atau Haweyyah yang dikeluarkan Israel, mereka tidak boleh memasuki Gaza.

"Saya mengenali isteri di dalam talian. Dia adalah seorang aktivis di Gaza. Keluarga saya mengenalinya di sana dan lamaran dibuat di dalam talian kerana sekatan perjalanan dan sukar untuk masuk ke wilayah itu melalui Rafah.

Iklan

"Kami hanya bertemu selepas lintasan Rafah dibuka. Dia berjaya meninggalkan Gaza dan tiba di Lapangan Terbang Kaherah selepas tiga hari disebabkan banyak pemeriksaan keselamatan," kata seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai LM.

Mesir tidak membenarkan penduduk Palestin tanpa kad pengenalan masuk ke Gaza melalui Rafah melainkan mereka mempunyai pelepasan keselamatan tahap tinggi dari agensi perisikan negara itu.

Iklan

Keputusan dibuat pada perjanjian antara tiga negara Mesir, Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.

Sejak tahun 1967, Tel Aviv menguasai Pendaftaran Palestin selepas ia menawan Genting Gaza dari Mesir dan Tebing Barat dari Jordan ketika Perang Enam Hari. - Agensi