Wanita bungkus sampah untuk pencuri

Iklan
Hyatt memenuhkan beberapa kotak dengan pelbagai jenis sampah termasuk sisa makanan dan najis kucing untuk membalas dendam kepada si pencuri bungkusan. Gambar hiasan: Christine Hyatt

COLORADO SPRING - Tidak dapat dibayangkan perasaan kecewa apabila bungkusan barangan yang dipesan dicuri sebaik dihantar ke rumah.

Bagaimanapun seorang wanita dari Colorado Springs, Amerika Syarikat mempunyai cara tersendiri untuk membalas dendam kepada si pencuri.

Iklan
Iklan

Christine Hyatt yang setakat ini telah kehilangan kira-kira 20 bungkusan mendapat idea untuk memasukkan sampah sarap ke dalam kotak bagi mengumpan pencuri.

"Kami mempunyai banyak sampah di sekitar rumah dan saya juga mempunyai banyak kotak kosong, mari kita lihat sekiranya ada yang berminat mengambil sampah kami," kata Hyatt.

Iklan

Hyatt memenuhkan beberapa kotak dengan pelbagai jenis sampah termasuk sisa makanan dan najis kucing, apa yang menariknya, ada pencuri yang termakan 'umpan' tersebut.

Difahamkan, ia merupakan kali ketiga Hyatt menggunakan helah tersebut untuk mengenakan si pencuri.

Iklan

Idea Hyatt itu mendapat pujian ramai namun sebahagian daripada mereka yang pernah menghadapi situasi sama seperti wanita itu mencadangkan pemasangan kamera pengawasan bagi menangkap pencuri. - Agensi