Mangsa Banjir

Iklan
" Rasa bagaikan nak hilang nyawa", itulah yang diluahkan oleh pesakit asma yang sarat mengandung enam bulan, Darina Mahadi,35, (tiga, kanan) ketika diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Rompin, Pahang di Kampung Mentelong, Rompin, hari ini. Darina yang ingin keluar Jumaat lalu untuk mendapatkan rawatan bagi memeriksa kandungan pertama serta penyakit asmanya terpaksa ditangguhkan selepas air bah naik mendadak di kampungnya hingga ke paras bumbung jeti. Doktor daripada Klinik Kesihatan Tanjung Gemok bersama JBPM Rompin bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan walaupun terpaksa mengharungi Sungai Endau yang arusnya deras selama 45 minit untuk sampai ke Kampung Mentelong. - Foto Bernama