Presiden JMM akan dipanggil polis

Iklan
Datuk Azwanddin Hamzah

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah berhubung penulisannya yang tular dengan mendakwa berlakunya kebocoran maklumat dan perkara yang menjejaskan keselamatan dalam Kementerian Pertahanan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya mengambil berat berhubung isu ini terutama yang membabitkan keselamatan negara.

Iklan
Iklan
Menurutnya, dakwaan ini dilihat sebagai berita yang tidak benar, sensitif serta menjejaskan keharmonian negara.

"Kita akan panggil Azwanddin untuk mendapatkan penjelasannya.

"Kita akan lihat dari aspek keselamatan negara dan tindakan sewajarnya akan diambil bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang media selepas selesai Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan, Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan dan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara, di Pulapol, hari ini.

Iklan

Terdahulu, menerusi penulisan yang dibuat Azwanddin, beliau berkata kementerian yang paling utama di dalam negara yang melibatkan keselamatan dan maklumat risikan iaitu Kementerian Pertahanan, dikhuatiri berada di dalam tekanan dan mendapat ancaman dari dalaman.

Menerusi laporan blog itu juga, Parti DAP juga dilabelkan sebagai sebuah parti duplikasi komunis di negara ini seperti yang telah diperkatakan oleh ramai orang sebagai ancaman kepada negara.

Iklan

Liew Chin Tong seorang Pengerusi Parti DAP Johor telah pun berada di dalam kerajaan dengan menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia.

Dakwa blog itu lagi, kerajaan PH mungkin terlepas pandang terhadap pelantikan ini dan sudah semestinya pemikiran Chin Tong penuh dengan muslihat dan kerana aspek itulah juga DAP meletakkannya sebagai pakar strategi untuk kepentingan parti itu.