Hujan renyai di beberapa kawasan di Kuala Krai

Iklan
APM membantu mangsa banjir berpindah ke PPS apabila kediaman mereka dinaiki air.

KUALA KRAI - Empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini dibuka bagi menempatkan 214 mangsa banjir.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Krai, Kapt (PA) Mohd Hanif Omar berkata, empat PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang, Balai Raya Kampung Mia, Masjid Abu Bakar dan Tabika Kuala Pertang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sehingga jam 3 petang, hujan renyai turun di beberapa kawasan di sini.

"Di Kampung Chenulang, terdapat 54 mangsa banjir, Kampung Mia (54), Kuala Pertang (89) dan Masjid Abu Bakar (17).

Iklan

"Situasi kali ini berpunca daripada hujan lebat melebihi kadar biasa yang menyebabkan aliran sungai tidak dapat menampung lebihan air.

APM dan agensi lain seperti JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) telah memindahkan kesemua mangsa yang terjejas ke PPS berdekatan.

Iklan