Tak akan tak ada SOP tapis iklan: Warda

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan laporan iklan aplikasi Sugarbook.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Paparan iklan aplikasi temu janji berunsur lucah di papan iklan luar LED di lokasi dekat Bangsar dan Bukit Kiara menunjukkan kelemahan ketara penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Justeru, Wanita Muda Amanah (Warda) mendesak PBT terbabit mengambil tindakan tegas terhadap pelaku kesalahan tersebut.

Iklan
Iklan

Setiausaha Warda, Nusaibah Norbawi berkata, walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan supaya iklan tersebut ditarik balik namun siasatan terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca kesilapan sehingga berlakunya perkara sedemikian.

"Warda Nasional yang merupakan sayap wanita muda dalam Parti Amanah Negara (Amanah) ingin mempersoalkan apakah tiada prosedur operasi standard (SOP) yang diambil termasuk menapis terlebih dahulu kandungan iklan sebelum dipaparkan untuk tatapan umum?

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: DBKL arah iklan cari 'sugardaddy' ditarik serta-merta

"Penguatkuasaan yang lebih ketat juga perlu diberi perhatian bagi memastikan kesalahan yang sama tidak berulang pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengarahkan struktur papan iklan luar LED Sugarbook di Bangsar dan Bukit Kiara ditarik serta-merta.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan, paparan iklan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Menurutnya, pihak operator telah dimaklumkan kandungan iklan itu bersifat sensitif dan melanggar norma masyarakat Malaysia serta perlu ditarik segera.