Mangsa banjir di Kota Tinggi diberi kaunseling, motivasi

Iklan
Cai Tung (dua dari kanan) beramah mesra dengan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Gembut, Kota Kota Tinggi hari ini. - Foto Bernama

KOTA TINGGI - Sesi kaunseling yang diadakan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor diharapkan dapat meredakan perasaan duka sekali gus membantu mangsa banjir yang terkesan dari segi emosi dan kerosakan harta benda.

Exco Pelancongan, Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin perasaan mangsa banjir dengan menyediakan khidmat sukarelawan dan kaunselor di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka.

Iklan
Iklan

Justeru, semua agensi di bawah portfolionya diarahkan menjalankan program menyantuni dan meredakan mangsa banjir di PPS yang masih beroperasi.

"Ia bertujuan untuk meredakan tekanan dan mengatasi kebimbangan mangsa banjir melalui khidmat bantuan sukarelawan serta sesi kaunseling kepada yang mereka yang memerlukan,” katanya selepas melawat PPS SK Gembut di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, hasil temu bual bersama mangsa di PPS di sini, rata-rata melahirkan rasa bimbang dan runsing mengenai keadaan dan keselamatan rumah masing-masing sejak diarah berpindah Sabtu lalu.

"Sudah lima hari 30 keluarga dari Kampung Gembut tinggal di PPS ini dan mereka diminta terus berada di sini kerana dikhuatiri berlaku gelombang kedua banjir berdasarkan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini," katanya.

Iklan

Selain itu, semua jabatan dan agensi berkaitan turut menyediakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian terutama kanak-kanak yang berada di PPS.

"Dengan adanya aktiviti untuk mereka, para keluarga terutama ibu bapa dapat membuat kerja lain mengurus dan mengemas tempat penginapan masing-masing," katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah permainan dalaman serta pertandingan melukis dan mewarna. - Bernama