Najib buat sumpah laknat Jumaat ini

Iklan
Najib - Foto 123RF

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan sumpah laknat berhubung dakwaan beliau pernah mengeluarkan arahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sumpah laknat itu bagi menafikan dakwaan tersebut seperti mana yang terkandung dalam Akuan Bersumpah (SD) dibuat bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri.

Iklan
Iklan

"Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam akuan bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.

"Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas solat Jumaat minggu ini," katanya dalam status di Facebook hari ini.

Iklan

Pada 16 Disember lalu, sebuah portal berita mendedahkan SD Azilah yang mendakwa Najib ketika itu bekas Timbalan Perdana Menteri memberikan arahan untuk membunuh Altantuya.

Azilah mendakwa mendapat arahan daripada Najib untuk ‘tembak dan bunuh’.

Catatan baharu Najib di Facebooknya sambil berkongsikan video keterangan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 2015 tentang kes pembunuhan Altantuya.

Iklan

Najib kemudiannya menafikannya sambil menjelaskan dakwaan tersebut sebagai satu cerita rekaan terdesak untuk melepaskan diri daripada hukuman mati.

Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan bahawa dakwaan itu adalah konspirasi baharu daripada Pakatan Harapan (PH) untuk menentang dan memfitnahnya sekali gus membuka jalan kepada kerajaan untuk menahan dan memenjarakannya tanpa jaminan.

Dalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa pihak polis menyiasat SD berkenaan bagi menentukan kebenarannya termasuk mereka yang menyediakan akuan bersumpah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Altantuya: Najib juga mahu polis siasat semula