Laporan lengkap Nora Anne siap tahun depan

Iklan
Keluarga Nora Anne dakwa kehilangan remaja berusia 15 tahun itu ada unsur jenayah.

SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan enggan mengulas mengenai dakwaan keluarga Nora Anne Quoirin bahawa kehilangan remaja berusia 15 tahun itu ada unsur jenayah.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata, perkara itu hanya boleh disahkan selepas laporan lengkap bedah siasat mengenai remaja dari Ireland itu siap sepenuhnya.

Iklan
Iklan

"Laporan dijangka siap pada tahun depan bergantung kepada Jabatan Kimia. Jika benar ada unsur jenayah, ia akan ditentukan selepas itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan ibu bapa Nora Anne yang kematian anak istimewanya itu pada Ogos lalu mempunyai unsur jenayah ketika ditemuramah media antarabangsa semalam.

Iklan
Mohd Yusop

Dalam pada itu, Mohamad berkata, keluarga Nora Anne perlu membuat permohonan melalui peguam untuk mendapatkan laporan lengkap bedah siasat itu.

Tambah Mohamad, keluarga Nora Anne perlu mengikut prosedur yang ditetapkan jika mereka mahu meminta inkues.

Iklan

Terdahulu pada 4 Ogos lalu, Nora Anne dilaporkan hilang di sebuah resort di Kampung Pantai dan mayatnya ditemui 10 hari kemudian di kawasan berlurah dekat anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari resort tersebut.

Hasil bedah siasat awal mengesahkan, Nora Anne mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang.

Selain itu, mayat gadis berkenaan terdapat kesan calar kecil pada bahagian kaki.

Bagaimanapun, semalam melalui sesi temuramah bersama media antarabangsa penyiaran RTE, keluarga remaja Ireland yang ditemui mati selepas hilang dalam kawasan hutan di Malaysia dipercayai ada 'unsur jenayah'.

Polis sebelum ini mengklasifikasikan kehilangan Nora Quoirin, 15, selama 10 pada Ogos lalu sebagai kes orang hilang.

Pasangan itu masih menunggu laporan penuh bedah siasat yang dijalankan di Malaysia dan keputusan bedah siasat kedua selepas mayatnya dibawa ke London.