Remaja lelaki ditembak mati rakan sekelas di Bangkok

Iklan
Gambar hiasan

BANGKOK - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menembak mati rakan sekelasnya selepas dipercayai dibuli dan dihina dengan panggilan ‘lady boy’, dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Bang Kraso, Daerah Muang di Nonthaburi, dekat Bangkok hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Chonlasit Boonchan, 13, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan bilik darjahnya. Dia telah ditembak di dahi.

Iklan
Iklan

Yayasan Penyelamat, Yayasan Siamnontaburi memaklumkan suspek itu memakai topeng hitam, baju dan sarung tangan ketika dia melepaskan tembakan ke arah Chonlasit.

Katanya suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke tandas untuk menukar pakaian sekolahnya, bagaimanapun dia berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di sekolah itu.

Iklan

Suspek memberitahu polis bahawa mangsa telah berulang kali menamparnya dan memanggilnya sebagai 'toot' (pondan) yang mendorong dia bertindak menembak mangsa.

Suspek turut memberitahu polis bahawa dia telah mencuri pistol bapanya pagi ini dan menembak Chonlasit ketika mangsa sedang membuka kasutnya untuk memasuki bilik darjah.

Iklan

Polis turut menemukan sepucuk pistol 7.65 milimeter di dalam beg sandang remaja itu.

Remaja itu kemudiannya ditahan bagaimanapun pihak polis tidak mendedahkan tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya. - Bernama