Sauh bukti penting sejarah penaklukan Mexico

Iklan
Penemuan sauh tersebut menjadi bukti penaklukan Sepanyol ke atas Mexico kira-kira 500 tahun lalu. - Foto: Agensi

MEXICO CITY - Ahli arkeologi menemukan dua lagi sauh kapal besi di pantai Teluk Mexico yang dipercayai milik armada penakluk dari Sepanyol, Hernan Cortes berusia 500 tahun yang mendarat pada 1519 sebelum kejatuhan Empayar Aztec.

Institut Antropologi dan Sejarah di Mexico (INAH) memaklumkan sauh tersebut dijumpai di dasar laut berhampiran bekas penempatan Sepanyol, Villa Rica di tenggara Veracruz.

Iklan
Iklan

Penemuan terbaharu itu selepas sauh dipercayai berasal dari Sepanyol pada abad ke-15 yang ditemukan pada tahun lalu memberi jaminan kepada ahli arkeologi bahawa mereka berada di landasan untuk mencari lebih banyak artifak yang mendokumenkan pencerobohan Eropah ke atas Mexico.

Difahamkan, magnetometer yang digunakan di dasar laut terbabit membawa kepada penemuan dua sauh pada kedalaman 10 hingga 15 meter yang tertanam di bawah lapisan tebal sedimen.

Iklan

Sauh terbesar berukuran hampir 4m dan selebar 1.6m.

"Penaklukan Mexico adalah catatan yang penting dalam sejarah manusia. Jika kita dapat temukan bangkai kapal pada era tersebut, ia akan menjadi simbol pelanggaran budaya yang membawa kepada keadaan sekarang di Barat," kata ahli arkeologi, Frederick Hanselmann.

Iklan

Kepentingan penaklukan Sepanyol ke atas Mexico semakin melonjak sempena ulang tahun ke-500 ketibaan Cortes, dua tahun sebelum beliau bersama sekutunya menyerang ibu kota Aztec, Tenochtitlan yang kini menjadi tapak Mexico City.

Awal tahun lalu, Presiden Mexico, Andres Manual Lopez Obrador yang telah menulis beberapa buku sejarah pernah meminta pemerintah Sepanyol, Raja Felipe VI dan Pope Francis memohon maaf kepada komuniti Hispanik atas kematian dan kemusnahan yang dilakukan ketika penaklukan Cortes. - Agensi