Gadis 200kg meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Nur Izzati Afiqah yang ditemui sebelum ini menunjukkan gambarnya sebelum mengalami masalah kenaikan berat badan.

PASIR MAS - Seorang wanita yang menderita akibat berat badan naik mendadak sehingga mencecah 200 kilogram (kg) meninggal dunia malam tadi di Kampung Gaung, Tendong dekat sini.

Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, mengalami keadaan itu dalam tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.50 malam.

Iklan
Iklan

Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, berkata, sebelum 'pergi' Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.

"Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.

Iklan

"Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Misteri berat naik sampai 200kg!

Menurutnya, ketika itu Nur Izzati Afiqah masih boleh bercakap seperti biasa dan kemudian beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik.

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai kisah Nur Izzati Afiqah.

"Selain ibunya, saya adalah orang yang cukup rapat dengan arwah kerana setiap hari mengurus dan menjaganya sepanjang dia sakit," katanya.

Zainab berkata, jenazah arwah akan disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.

Tambahnya, keluarga terpaksa mendapatkan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas bagi membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kehidupan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berubah sepenuhnya apabila berat badannya naik mendadak secara 'misteri' apabila mencecah sehingga 200 kg dalam masa tiga bulan.

Sebelum ini adik bongsu Nur Izzati Afiqah, Muhammad Khairul Akram, mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia yang muda 25 tahun.