Pengurangan perbelanjaan pengurusan subsidi bukan muktamad
Iklan
SHAH ALAM - Pakar ekonomi berpandangan, pengurangan perbelanjaan pengurusan subsidi dalam Bajet 2023 bukanlah muktamad dan ia tidak bermakna jumlah itu tidak akan naik pada tahun depan.
Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menjelaskan, perbelanjaan subsidi itu bergantung kepada keperluan semasa.