Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN
Iklan
Beri kelebihan kepada UMNO-BN untuk merampasnya pada tahun hadapan.
SHAH ALAM - Keengganan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Pas mengadakan pilihan raya berserentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di enam negeri pada tahun ini, sebenarnya memberi kelebihan besar kepada UMNO-BN untuk merampasnya pada tahun hadapan.
Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, mengambil contoh negeri Kelantan, sebarang implikasi kemenangan UMNO-BN di peringkat Pusat pastinya akan memberi kelebihan kepada UMNO negeri untuk mengulanginya di peringkat Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.