Bubar DUN Kedah atau tidak, UMNO-BN tetap bersedia: Jamil Khir
Iklan
SHAH ALAM - UMNO-BN Kedah tetap bersiap sedia mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu sekali pun kerajaan negeri ditadbir Pas memutuskan untuk menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun hadapan.
Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menghormati kuasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menasihati Sultan Kedah sama ada mahu membubarkan DUN negeri dengan ia dianggap bukan satu keputusan pelik.