Muda kekal hasrat bersama PH, keputusan diketahui hari ini
Iklan
Setakat ini komunikasi dan perbincangan masih berterusan
SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tetap mengharapkan dapat menyertai koalisi Pakatan Harapan (PH) bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) biarpun sehingga kini hasrat itu masih belum mendapat kata putus kepimpinan PH.
Ketua Penerangan Muda, Luqman Long berkata, setakat ini komunikasi dan perbincangan masih berterusan namun pada masa sama beliau berharap ahli Muda dan orang ramai dapat memberi ruang dan masa kepada Majlis Presiden PH untuk membuat keputusan.