PH buat pusingan U, adakan PRN serentak PRU15?
Iklan
Terdapat ura-ura Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada malam ini akan memilih untuk mengenepikan pendirian asal menangguhkan pelaksanaan PRN di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serentak dengan PRU15.
SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan besar membuat pusingan U dalam mempertimbangkan keputusan menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri ditadbir koalisi berkenaan pada tahun ini.
Sumber terdekat DAP Pusat berkata, terdapat ura-ura Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada malam ini akan memilih untuk mengenepikan pendirian asal menangguhkan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berserentak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).