Tangani ‘Napoleon Kecil‘ agensi kerajaan
Iklan
SETIAUSAHA Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr Hasan Mad meluahkan kekhuatiran tentang ketiadaan penyelarasan pelaksanaan dasar dan aktiviti antara kementerian dan agensi kerajaan di negara ini yang menyebabkan hasrat sebenar kerajaan tidak mampu dicapai.
Hasan berkata, penyelarasan lebih sukar dibuat sekarang apabila semakin banyak kementerian dan agensi ditubuhkan berbanding zaman sebelum ini.