12 atau 13 November tarikh PRU15?
Iklan
Tarikh itu berdasarkan ramalan tempoh berkempen antara 11 hingga 14 hari.
SHAH ALAM - Berdasarkan petunjuk Pilihan Raya Umum (PRU) terdahulu dan faktor cuaca pada penghujung tahun di Malaysia penganalisis politik membuat jangkaan 12 atau 13 November sebagai tarikh ideal untuk pelaksanaan PRU15.
Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpandangan, indikator PRU14 menunjukkan tempoh 18 hari diperlukan SPR dari tarikh mesyuarat khas menuju hari penamaan calon diikuti tempoh berkempen selama 11 hari.