'Pengundi perlu hukum UMNO-BN kerana anjur PRU semasa banjir'
Iklan
SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) merasakan rakyat perlu memberi hukuman terhadap UMNO-BN kerana ketidakprihatinan mereka terhadap masyarakat dengan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semasa musim banjir.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan BN dan UMNO tetap berdegil mahu mengadakan PRU15 semasa banjir menunjukkan mereka hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan masalah banjir yang mungkin dihadapi rakyat.