Kes bakteria pemakan daging meningkat di Florida
Iklan
Mangsa Taufan Ian dihambat penyakit yang boleh membawa maut
TALLAHASSEE - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, negeri Florida di Amerika Syarikat (AS) merekodkan peningkatan kes bakteria pemakan daging tahun ini, sebahagiannya berpunca daripada banjir di daerah paling teruk dilanda Taufan Ian.
Jabatan Kesihatan negeri itu melaporkan, setakat ini terdapat 65 kes jangkitan bakteria karnivor vibrio vulnificus dan 11 kematian di Florida tahun ini, berbanding 34 kes serta 10 kematian dilaporkan sepanjang 2021.