Kalau Anwar maafkan Tun M, tak mustahil boleh kerjasama
Iklan
Kerjasama PH, GTA dan PN mampu tewaskan BN dalam PRU15
SHAH ALAM - Peluang rakyat Malaysia mahu melihat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berdamai sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) agak tipis, tapi tidak mustahil jika Presiden PKR itu, sanggup memaafkan dan melupakan apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri tersebut sebelum ini.
Pensyarah Kanan, Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali berkata, ini bukan pertama kali Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi mengeluarkan kenyataan mahu berbaik semula dengan Anwar dan kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menewaskan BN, pada PRU15 nanti.