DAP, PKR tidak setuju
Iklan
Hanya Amanah sambut baik kesediaan jika PH bergabung dengan GTA
SHAH ALAM - Pelbagai reaksi diberikan oleh pimpinan parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) berhubung kemungkinan kerjasama bersama Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).
Meskipun rata-ratanya memberikan respons yang dingin berhubung perkara berkenaan, namun terdapat juga yang menyambut baik perkembangan tersebut dengan mengambil kira keperluan untuk menarik sokongan lebih ramai pengundi.