Mampukah Anwar ulangi 'magis' Kit Siang
Iklan
Ada yang melihat tindakan Anwar ke Tambun ibarat keputusan 'kamikaze', tetapi bakal calon PM parti PH itu nekad untuk menumbangkan bekas MB Perak, Peja.
DALAM Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Ipoh pada Khamis, Pengerusi koalisi itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menamatkan teka-teki mengenai kerusi Parlimen yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Spekulasi menyelubungi hala tuju Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sejak sebulan lalu akhirnya terjawab apabila Anwar mengumumkan beliau bakal beralih kerusi daripada Parlimen Port Dickson ke Parlimen Tambun.