Empat hari bekerja seminggu dan bersekolah di Singapura?
Iklan
MENTERI Negara bagi Tenaga Manusia Singapura, Gan Siow Huang baru-baru ini menyatakan di Parlimen bahawa majikan dan pekerja harus mengamalkan minda fleksibel untuk bekerja selama empat hari dalam tempoh seminggu.
Ketika menjawab soalan seorang anggota Parlimen, Melvin Yong yang mewakili Radin Mas sama ada sudah ada kajian dilakukan oleh pihak ketiga untuk mengkaji kebolehlaksanaan bekerja selama empat hari itu, Huang berkata, cara tersebut mungkin berkesan untuk sebahagian majikan dan pekerja.