PRU15: Rakyat akan lihat parti mana mampu selesaikan masalah
Iklan
SHAH ALAM - Rakyat akan melihat kepada keupayaan dan pihak mana yang mampu menyelesaikan masalah kos sara hidup, peluang pekerjaan dan ekonomi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Pemerhati politik, Tai Zee How berkata, perkara itu adalah tuntutan rakyat kepada setiap parti dalam PRU15 yang akan berlangsung pada 19 November depan.