Pengundi bukan Melayu mahu politik stabil dan pemulihan ekonomi
Iklan
Pengundi bukan Melayu menginginkan calon PRU15 mampu memulihkan ekonomi dan kemakmuran rakyat.
KUANTAN - Para pengundi bukan Melayu di negeri Pahang mula menyuarakan isi hati mereka terhadap kriteria pemilihan calon pemimpin bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Antara yang sering disebut-sebut adalah seseorang pemimpin itu perlu mewujudkan kestabilan dalam sistem pentadbiran bagi membantu memulihkan ekonomi negara.