Belum masuk gelanggang, PBM sudah huru-hara
Iklan
Isu 'dua presiden' akan diselesaikan sebelum hari penamaan calon pada 5 November ini.
MENJELANG lima hari sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini, Parti Bangsa Malaysia (PBM), kini berdepan dengan kemelut dalaman sehingga menimbulkan tanda tanya adakah parti baharu dipimpin 'dua Presiden' itu tersungkur awal sebelum bertanding.
Kemelut PBM bermula selepas Datuk Larry Sng Wei Shien menjelaskan dirinya masih menjawat jawatan Presiden walaupun Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad dalam satu kenyataan pada 8 Oktober memaklumkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai Presiden baharu.