Jambatan berusia 142 tahun runtuh di India
Iklan
141 maut dalam insiden jambatan gantung runtuh di negeri Gujarat
GANDINAGAR - Sekurang-kurangnya 141 orang terbunuh di negeri Gujarat, barat India selepas jambatan pejalan kaki era kolonial tiba-tiba runtuh pada Ahad.
Kejadian tersebut mengakibatkan orang ramai terhumban ke dalam sungai selepas kabel penyokong kepada jambatan gantung berusia 142 tahun itu terputus.