‘Bukan Mohd Rafiq seorang sahaja kecewa’
Iklan
Dalam pilihan raya bukan semua orang akan dicalonkan, kata Muhyiddin
SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen sedia maklum bahawa dalam pilihan raya, tidak semua orang akan dicalonkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presiden Bersatu itu berkata, bukan Mohd Rafiq seorang sahaja yang kecewa tidak dicalonkan tetapi ramai berasakan sedemikian.