Semua kelengkapan sekolah anak musnah

Iklan
Barangan rumah Siti Noor Akmar yang rosak akibat banjir.

JELI - [DIKEMASKINI] Banjir di Kampung Ayer Lanas di sini mengakibatkan banyak peralatan rumah penduduk rosak dan terpaksa dibuang.

Mangsa banjir, Siti Noor Akmar Ahmad, 29, turut mengalami masalah sama namun lebih menyedihkan semua kelengkapan sekolah anak-anak untuk kemasukan sesi persekolahan tahun hadapan rosak disaluti lumpur.

Iklan
Iklan

Menurut Siti Noor Akmar Ahmad, 29, dia berbelanja lebih RM500 untuk membeli keperluan sekolah tiga anaknya.

Surirumah itu juga tidak menyangka fenomena banjir kali ini lebih teruk berbanding bah kuning 2014 dan banjir tahun 2008.

Iklan

"Tahun lalu, rumah saya turut dimasuki air tetapi hanya 0.3 meter sahaja pada bahagian dapur. Ketika bah kuning dan banjir besar pada tahun 2008 juga tidak seteruk ini.

"Banjir tahun ini mengakibatkan rumah saya ditenggelami air dan hanya nampak bumbung rumah. Saya buntu memikirkan perbelanjaan kelengkapan sekolah anak kerana hampir semua perlu dibeli semula. Begitu juga dengan harta benda dan perabot, semuanya rosak," katanya.

Iklan

Tambah Akmar, meskipun air sudah surut namun mereka sekeluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas.

"Saya pulang pagi tadi untuk melihat keadaan rumah. Tak tahu nak fikir macam mana kerana semuanya rosak.

"Bukan mudah untuk membina semula kehidupan selepas bencana banjir kerana mengambil tempoh masa yang panjang," katanya.