Konflik Papua tiada penyelesaian
Iklan
Filep Karma (dua dari kanan) ditemui meninggal dunia di pantai Base-G di Jayapura pada Selasa lalu.
JAYAPURA - Kematian aktivis kemerdekaan Papua, Filep Karma pada Selasa lalu meninggalkan persoalan mengenai masa depan wilayah Indonesia yang bergolak itu.
Jasad Filep, 63, ditemukan terdampar di pantai Base-G di Jayapura dan menurut pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Papua, Frits Ramandey, tiada indikasi bahawa kematian bekas pemimpin pemisah itu berpunca daripada perbuatan khianat.