'Tiada Noh Omar, UMNO Selangor tidak patah semangat'
Iklan
SHAH ALAM - UMNO Selangor tidak lemah dan patah semangat meskipun Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar tidak dicalonkan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil yang bertanding bagi kerusi Parlimen Shah Alam berkata, ia bukanlah masalah kepada parti kerana matlamat mereka semua adalah untuk menang.