'Tidak ada kerusi mudah menang pada PRU15 ini'
Iklan
SHAH ALAM - Pemimpin parti-parti utama mengakui tidak ada kerusi yang boleh dimenangi dengan mudah oleh sesebuah parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ulya Aqamah Husamudin berkata, tidak ada kerusi yang senang untuk dimenangi ekoran pertandingan akan membabitkan banyak penjuru.