Mahasiswa masih belum puas hati
Iklan
Mahasiswa gesa nilai semula dua perkara penting untuk pelajar
MENJELANG Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), parti-parti yang bertanding sudah mengumumkan manifesto masing-masing kepada orang ramai untuk menawan hati pengundi.
Lebih menarik, tiga parti utama iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing meletakkan kepentingan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) dalam manifesto masing-masing, dalam usaha untuk menarik pengundi-pengundi muda.