'Menjemurlah sementara panas'
Iklan
Rakyat hendaklah memainkan peranan penting bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar jujur dan amanah serta boleh buat kerja. - Foto Bernama
KATA pepatah Melayu lama orang tua kita dahulukala, sekali air besar, sekali tepian beranjak. Kita kini sebagai rakyat jelata pun dalam proses beranjak. Pilihan raya nanti, sekali lagi kita akan memilih kerajaan baharu.
Sudah semestinya ada polisi, perancangan dan keperluan rakyat akan berubah. Ada yang berkempen mengatakan jika benda baik akan dikekalkan, benda tidak baik akan ditambah baik, kononnya.