'Lewat terima kertas undi pos pernah berlaku'
Iklan
SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengakui isu pengundi luar negara lewat menerima kertas undi pos pernah berlaku sebelum ini disebabkan pelbagai faktor.
Jelas Abdul Aziz, antara punca berlakunya kelewatan tersebut ialah pengundi tidak mengemas kini alamat terbaharu mereka kepada Pejabat Kedutaan Malaysia di negara yang didiami.