PRU15: Tsunami pengundi muda tidak akan berlaku besar-besaran
Iklan
Majoriti pengundi muda mungkin buat keputusan di saat akhir pada hari mengundi
SHAH ALAM - Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini, firma penyelidikan Ilham Centre, meramalkan tidak akan berlaku gelombang tsunami politik rakyat terutama pengundi muda secara besar-besaran sama seperti PRU14 lalu.
Ini kerana majoriti daripada 10.89 juta pengundi muda berusia antara 18 hingga 39 tahun, masih belum membuat keputusan sama ada mereka akan memilih Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) mahu pun Gerakan Tanah Air (GTA).