PRU15: Pengundi bukan Melayu kurang teruja, ambil sikap tunggu dan lihat
Iklan
Ini kerana majoriti pengundi bukan Melayu masih terkesan dengan implikasi krisis ketidakstabilan politik yang timbul pasca PRU14, kata Dr Chang Yun Fah.
SHAH ALAM - Keterujaan pengundi bukan Melayu terutama pengundi Cina untuk keluar mengundi pada 19 November ini dilihat tidak begitu ketara berbanding fenomena gelombang segmen itu berpartisipasi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei 2018.
Pengarah Akademik Huayan Centre for Malaysian Chinese Studies, Profesor Madya Dr Chang Yun Fah berkata, meskipun kaji selidik pihaknya mendapati 80 peratus pengundi Cina dijangka akan keluar mengundi pada PRU15, pusingan pertama kempen pilihan raya yang bermula sejak 5 November lalu lebih menunjukkan indikasi segmen itu mengambil sikap tunggu dan lihat.