Tawaran kecilkan saiz Kabinet tangkap imaginasi pengundi
Iklan
MENJELANG pecutan terakhir mendepani hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil langkah berani dengan mengemukakan janji pengurangan anggota Kabinet sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dan beliau kembali terpilih mengemudi Putrajaya.
Menurut penyandang kerusi Parlimen Bera itu, saiz Kabinet yang terlalu besar sering menjadi topik perbualan rakyat dan Ismail Sabri sedar rasional untuk mengecilkannya.